Pengalaman saya belajar di kelas penterjemahan berbantukan komputer ini adalah sangat menarik. Saya belajar terlalu banyak benda. Prof dr normaliza memberikan saya dan rakan-rakan pelbagai tugasan dimana setiap satu tersebut mempunyai cabarannya yang berbeza-beza. Sejujurnya saya merasakan tugasan tersebut sangat mencabar minda dan kesabaran saya. Hal ini demikian kerana tugasan yang diberikan diluar minat saya. Tetapi, setelah melakukan pelbagai tugasan tersebut, ia serba sedikit memberi ilmu yang baru dalam hidup saya. Antara cabaran yang paling besar dalam kelas ini ialah setiap tugasan perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada hari yang sama tugasan diberikan. Nasib baik saya berjaya selesaikan tugasan tersebut. Prof dr normaliza seperti biasa sangat 'sempoi' orangnya. Sentiasa berjiwa muda. Prof telah memberi pelbagai inspirasi buat kami sepanjang 14 minggu ini. Kami sayang Prof Dr Normaliza.